HTC One X9 ialah peranti kelas pertengahan yang
dikatakan bakal diperkenalkan HTC dalam masa terdekat. Beberapa gambar
rekaan tertiris namun ura-ura ini hanya disahkan selepas ia disahkan
oleh laman TENAA di China. Peranti ini mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD
dengan resolusi HD Penuh, diperkasakan pemproses 2.2 GHz lapan teras
(berkemungkinan besar Helio X10), RAM sebesar 2 Gigabye dan muatan
dalaman 15 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada
bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ini
meletakkannya di dalam kelas yang sama seperti sebuah Xiaomi Redmi Note 2.
Dari segi rekaan panel hadapan mirip sebuah HTC Butterfly 2 dan lengkap dengan pembesar suara stereo BoomSound.
Sistem pengimbas cap jari nampaknya tidak disertakan.Panel belakang
diperbuat daripada bahan logam dengan modul kamera ke tepi dan tidak di
paksi tengah seperti pada One A9.
Ia juga tidak lagi kelihatan seperti sebuah klon iPhone. Kami gembira
dengan kehadiran semula pembesar suara BoomSound pada bahagian hadapan.
Ianya inovasi dan identiti yang dipopularkan oleh HTC. Ketiadaannya pada
One A9 kami rasakan adalah kesilapan yang besar. HTC One X9 dijangka
akan diperkenalkan awal tahun hadapan dan beberapa bulan selepas itu
peranti utama HTC One M10 dengan pemproses Snapdragon 820 pula dijangka
akan memasuki pasaran.
Sumber : Amanz
0 Response to "Spesifikasi HTC One X9 Akhirnya Diketahui"
Post a Comment